Kesungguhan Usahawan E-mail
Written by asiamind   
Wednesday, 30 July 2008 15:35
Disamping itu, seorang usahawan haruslah mengetahui bagaimana untuk mengurus. Mengapa ianya perlu? Ini kerana, orang yang tidak dapat atau tidak pandai mengurus dengan baik adalah sukar bagi mereka untuk mendapat kejayaan dengan baik. Contohnya pengurusan dari segi kewangan. Jika kewangan tidak dapat diuruskan dengan baik, maka hasilnya pula akan mendatangkan kerugian dan bukannya keuntungan. Seseorang yang ingin menjadi usahawan haruslah tahu bagaimana pengurusan kewangan dilakukan. Contohnya dari segi modal dan kos penghasilan serta pemprosesan. Jika modal tidak mencukupi tetapi ingin menghasilkan sesuatu yang melebihi modal yang ada, hasilnya tidak kemana melainkan terdapat sumber-sumber kewangan yang sedia membantu. Namun, jika kos dalam penghasilan barangan ataupun pemprosesan tidak dikawal ataupun diselia dengan bijak, maka dengan modal yang ada dan sumber kewangan yang mencukupi akan menyebabkan pembaziran sekaligus mendatangkan kerugian.


Sukar untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan hasilnya. Orang yang gagal dalam menjadi usahawan adalah lumrah tetapi orang yang menafikan kegagalannya dengan berputus asa merupakan orang yang belum bersedia sebenarnya dalam usaha diri mereka untuk menjadi seorang usahawan. Gagal bukan untuk selamanya, tetapi dengan kegagalan barulah kita mengenal erti kesilapan dan mengetahui kekurangan dalam diri kita. Selagi ada usaha, disitulah ada kejayaan. Bagi usahawan yang bijak, kesempatan merupakan senjata yang baik dalam mencipta kejayaan dan keuntungan tanpa memerlukan modal dan kos yang tinggi. Berusahalah kerana tuhan sentiasa membantu orang yang berusaha. Setiap kegagalan yang terhasil adalah anugerah kejayaan dipenghujungnya. Semoga berjaya.
Last Updated ( Wednesday, 20 August 2008 18:10 )
 

Polls

Which business are you interested in?