salam.

selamat berkenalan. baru sahaja mendaftar di sini. sebagai pengenalan saya tuliskan 'simpel steps' memulakan perniagaan di sini. langkah ini boleh digunakan sama ada anda ingin menjalankan bisnes online mahupun offline. ok, apakah langkahnya?

1. apa produk anda?
- ini paling penting, sebelum mula eloklah dibuat kajian sedikit mengenai produk yang anda ingin dagangkan. macam-macam cara anda boleh gunakan untuk mengkaji pasaran, tapi antara yang mudah ialah dengan menggunakan adwords keyword tool. anda type 'keyword' produk anda dan lihat berapa banyak carian tentang produk tersebut. kalau banyak, ini merupakan permulaan yang baik.

2. bagamana anda hendak memasarkannya?
- kini ada banyak cara menjadi pilihan. mungkin paling digemari masa ini ialah dengan menggunakan online marketing atau pemasaran melalui internet. selain itu anda boleh juga gunakan cara-cara berikut :
a. jualan langsung
b. buka gerai / booth
c. buka kedai (kalau ada modal besar)
d. edarkan di kedai2 tertentu
e. jual di stesen minyak (perlu dapatkan kelulusan dahulu)

3. maintain dan kembangkan
mungkin langkah ini ada tricky sikit. kita sedia maklum, persaingan datang dan pergi. jadi adalah sangat baik kalau kita boleh maintain atau kembangkan bisnes kita supaya sentiasa dapat bersaing dengan orang lain.

nah, itu dia 'simpel steps' untuk mulakan perniagaan anda.