Salam semua....saya seorang penulis buku pengurusan bisnes PKS. Buku pertama saya "Sembuhkan virus-virus bisnes" ada dalam pasaran di MPH dan Popular. Buku kedua mengenai pelanggan setia akan diterbitkan tidak lama lagi. Sekarang saya sedang mencari idea dan maklumbalas daripada usahawan untuk mengetahui sejauh mana PKS faham dengan pengawasan kewangan bermula daripada membuka akaun, menyelaras penyata bank, menggunakan kemudahan overderaf dan pembiayaan perdagangan dan membuat keputusan meminjam untuk pembelian aset bisnes. Perbincangan yang akan saya lakukan dalam buku baru ini tidak berkaitan dengan ilmu perakaunan. Semuanya untuk PKS yang tidak mempunyai ilmu perakaunan tetapi mesti tahu mengurus wang perbelanjaan termasuk belanja harian atau overhead dll...